home instagram my blog facebook follow

Perjalanan.
0 Adorable | Thursday, 15 January 2015 00:17




Ada yang mudah.
Ada yang banyak liku.

Allah tak akan bagi semua benda mudah.

Kena ada jugak yang perit.
Kena ada jugak yang pedih. Yang sukar.

Kalau tak ada,

tak dinamakan hidup lah pulak.

tiap hari bahagia.

manis ja rasa.
masam. pahit. tak ada.

akan rasa tawar sesuatu kehidupan tersebut.







Perjalanan. okay.

kita yang pilih sendiri.

nak Syurga ke neraka?

of course ah nak Syurga kan. siapa nak masuk neraka.
banyak mana pun dosa yang dia dah buat.
Tetap jugak dia nak Syurga.

Tapi, kalau hanya jadikan impian.
tak jadi jugak.
cakap nak Syurga.
Tapi sunnah Nabi Muhammad kau hina.

cakap nak Syurga.
Tapi solat kau tinggal.

cakap nak Syurga.
Tapi buat perangai macam ahli neraka!!!

*fuhh.*

macam kena bidas wo.

haha.
lek. lek. ni untuk hamba Allah yang menaip juga.

Kita sama.
sama-sama manusia.
hamba Allah.
di atas muka bumi ni.

ustazah ambe ada kabo.

"Kalau tak solat, jangan makan. jangan minum. jangan duduk pun atas muka bumi Allah ni."

haa.. lebih kurang macam tu ah.
hmm. see?

Allah suruh kita solat.
kenapa tak boleh buat?

kita boleh bernafas.
kita ada tangan.
ada kaki.
ada mata.
boleh ketawa.
boleh menangis.

semua tu sape yang bagi pinjam?

Allah kan...

jadi, tanda yang kita nak ucap syukur.
just solat.
kata sayang Allah.
tulis "i love Allah"
tapi tak solat. humm. pergi terjun dengan niat yang hanya nak dapat pujian tu.

apa-apa pun. aku kena husnudzon.
okay. Assalamualaikum, sahabat :)


Fateen Mustafa

tiang agama
0 Adorable | Tuesday, 11 November 2014 06:48


 Rukun Islam.

Sempurna doh?

Mengucap dua kalimah syahadah. Dah?
‘dah.’
Alhamdulillah..
Solat 5 waktu?
*krik krik*

Ayyo macha!..

 solat tu tiang agama.
Rebut peluang ni sementara kita masih bernyawa.

Tak ada tiang semua boleh runtuh bro! beb! Sis! Der!


Tutup likup. Semua ok. Sejuk mata memandang.

Tapi tak solat. Dok jadi jugok!
Sebab apa?
Sebab soalan yang pertama ditanya dalam kubur nanti, adalah 
SOLAT.

Kerana solat ni tiang.Kalau tak ada tiang, macam mana nak bina rumah?
Nak bina bangunan?
Takkan nak letak atap dulu baru tiang?
Punoh la lagu tewww..

Tak solat.

 Ibadat-ibadat lain jadi lenyap.
Tak guna buat benda baik pun, tapi tak solat.

Solatlah walau tak khusyuk pun.

Tak molek pun.
Tak berapa nok comel pun.

Janji ada tiang.

Nanti hok mana tak cukup lagi, kita perbetulkan.

Solat ni ringan.Kalau seseorang ambil berat.

TAPI,Solat ni berat.Bagi orang yang ambil ringan. 

Dirikan solat. Sebelum kita disolatkan.Untuk diri sendiri juga.


Assalamualaikum..





Fateen Mustafa.


penghijrahan
0 Adorable | Thursday, 6 November 2014 15:36



Kau ingat senang nak melangkahkan kaki ke dunia 'penghijrahan'?

tak, kawan.
sungguh susah.

perkara yang paling ketara lah. Bila seseorang tu start nak 'bertudung' ataupun nak 'bertudung labuh'.






Pasti ada ayat yang kau dapat tangkap melalui anugerah Allah iaitu telinga yang akan menyalurkan ke otak dan otak akan mentafsirkan apa yang didengar.

Dan, apa yang perkataan yang kurang menyenangkan itu tersimpan di dalam memori ingatan. and, mungkinlah perkataan yang selalu keluar adalah seperti.

"Hahahahahahahahahahhahahaha"

or....

"Erk? kawan aku ke ni?"


ya, sama ada orang gelak atau orang mengata je.


Masyarakat seperti itu mungkin tidak tahu erti 'keindahan' yang sebenar-benarnya dalam Islam. Yang bertudung labuh dihina. Yang dedah aurat sana sini. yang kononnya ber'style' tu kau sanjung dia.

errr.... -,-


OKlah. Gua dah cakap dekat entry yang sebelum ni tentang sedikit sebanyak apa yang nak kena buat. Haha. Sikit pun ok lah tu dari tak ada kan? kihkihkih

Ujian ni hadiah Allah. Tanda Dia sayang kepada hambaNya. ^^
Bersyukurlah. Kerana ramai masyarakat sekarang ini banyak yang lalai.
Tak terkecuali juga seorang hamba Allah yang menaip ini. :’)

Kena tabah. Redah je.

Tapi, janji hati kena..

kena apa?

kena SADO.


kalau badan lu je yang sado. tak jadi jugak. badan kuruih kering ke, badan tak kuruih ke..
takpa.
tak ada masalah untuk men'sado'kan hati.

Ok. Dah. Itu sahaja yang saya nak cerita tentang ‘masyarakat’ yang berbilang ‘hati’.


Satu agama. Satu hati. Satu penghijrahan yang amat bermaknaa. :’)





Fateen Mustafa.

Jatuh.
0 Adorable | Thursday, 30 October 2014 04:06



Jatuh?
Maknanya apa?
'Fall' kalau dalam bahasa inggeris kalau tak silap. haha.

ok.


J A T U H?

Jatuh kenapa?

'orang caci aku'


'orang kutuk aku'


'orang maki aku'


'orang rendahkan aku'

dan banyak lagi 'encik hati' mengadu.


hmm..


Orang caci?
Buat tak tahu.

Orang kutuk?

senyum.

Orang maki?

sengih.
and kalau dia bagi penampor, jangan balas. tinggalkan dia. Dia mungkin ada penyakit hati. Perasaan 'sakit hati' bila kau tak da respon. Dan dia lagi sakit hati bila tengok kau sengih.
hohoho.

orang rendahkan kau?

tinggi sangat ke orang tu? -,-. dah ah. tak payah ambik hati.

Doa je moga Allah buka pintu hidayahNya untuk dia.


Hang duduk ataih muka bumi sapa ni?

Bumi Allah.
Bukan 'orang' tu punya.
dia 'orang'.
kita 'manusia'.
jadi, buat cara manusia yang nak cari redha Allah. Bukan redha 'orang'.



sincerely,
F A T E E N  M U S T A F A.

assalamualaikum kesayanganssss. :')
JATUH CINTA PADA 'USTAZ'NYA DIA.
0 Adorable | Monday, 27 October 2014 01:06



Sewaktu di majlis perkahwinan anak Mudir Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud. Aku sempat berbual dengan ibu kepada Juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Ibunya begitu bersungguh menanyakan pengalaman aku sepanjang menjadi Imam Muda. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar kepada anaknya.



Makcik : "Asyraf...jadi imam muda ni banyak ujian dak?

Aku      : "Ujian tu biasalah. semua orang rasanya hadapi ujian makcik....Cuma masa yang diluang bersama keluarga kurang sikit la".

Makcik : Bukan ujian tentang masa yang makcik maksudkan. Tapi ujian dari wanita?...ada dak yang kacau Asyraf?

Aku   : Hahah (Aku ketawa kecil dalam hati ) Makcik...makcik...saya dah kahwin makcik. Rupa pun tadak sangat. Pendek pulak tuh..hehhehe..(sengaja aku takmau story kisah sebenar). Hassan lainlah makcik. Dia bujang lagi. Mesti ramai peminat. Eloklah makcik nikahkan dia awal. Saya faham sangat keadaan Hassan.

Makcik : Betol Asyraf. Makcik memang nak nikahkah dia cepat-cepat. Kalau Asyraf nak tahu, di rumah makcik dah sampai banyak surat untuk makcik

Aku  : Surat apa makcik??

Makcik : Terus terang makcik cakap Asyraf. Ada banyak surat yang datang nak memikat Hassan. Siap panggil makcik bonda tersayang lagi. Yang sayunya, diorang bawa Sirah Nabi Muhammad. Katanya mereka ingin menjadi seperti Khadijah yang meminang Muhammad!!!

Aku   ; Wow...(tersentap mak)...hebat betul!!

Terkejut aku dengan kisah Ibu Hassan tadi. Kisah aku tidaklah sedahsyat itu. Sekadar 'hint-hint' ada lah. Kisah Hassan lagi 'power'. Siap hantar pinangan melalui 'bakal ibu mertua' lagi. Hebat wanita zaman sekarang. Rupanya laku juga pak ustaz ni kan.

Teringat kisah di zaman kampus dahulu. Sebilik bersama seorang blogger Islamik. Walaupun ia bukan Irwansyah "Pencinta Wanita'. Namun ayatnya buatkan 'Hadirnya Cinta'. Walaupun ianya tidak se'ustaz' mana. Namun raut jernih wajahnya, janggut sejemput di dagu dan ayat-ayat 'tazkirahnya' buatkan terlentoknya Si Dara. Katanya ini bukan cinta 'plastik' semata. Tetapi cinta haruman sunnah kata mereka. Semuanya menggunakan kosmetik 'Cinta Islamik'. Sungguh berbunga. Gugur kopiah sang lebai dibuatnya.

Berbekalkan MacBook Pro di atas meja study. Di celah bilik rumah sewa yang sempit bagaikan istana tikus. Shami seorang blogger ala-ala Islamik mula mengatur ayat. Beberapa buku agama mula ditarik satu persatu dari almarinya. Mungkin ada kisah baru yang boleh dikongsi dengan pembaca.



Dihiasi blognya dengan gambar yang penuh ke'macho'an. Gambar wajahnya bersama janggut sejemput yang digubah menjadi sedikit kabur sambil tertunduk kebumi seolah seorang pemikir menanti hujannya ilham dari langit. Siapa tidak kenal dengan penulis blog bernama Shami. Bukan sekadar ayatnya menusuk kalbu si pembaca. Malah unsur Islami yang diterapkan buatkan hati peminat bertambah goncang.Apatah lagi jiwa wanita selembut sutera.

Walaupun aku dan rakan yang lain memiliki blog yang hampir sama. Namun entah mengapa 'aura' blogger bernama Shami ini lebih menarik perhatian ribuan gadis diluar sana. Adakah kerana Shami mempunyai sedikit wajah yang agak macho mengikut KPi selera gadis Melayu. Ataupun ayat 'semanis kurma' yang terserlah di dalam penulisannya. Walaubagaimanapun tahniah kepada mereka yang tersedak imannya dengan sentuhan bahasa puitis agama oleh Shami. Namun bagaimana pula yang tersentap hatinya kerana jatuh cinta pada si penulis.

Aku :   Amboi Mi (nama glamour Shami), senyum Kad Mesra Petronas nampak. Dapat 'cikaro' baru ker dalam Twitter kau tu?

Shami : Kau tengok....Awek ni tersentuh la dengan tulisan aku tadi. Katanya blog aku benar-benar mengembalikan semangat yang hampir putus asa. Perghh...kelllaass kau Shami!!!(puji diri sendiri)

Aku :   Pandai kau bermain ayat cinta dengan dia ek. Aku ingatkan buka buku agama menulis pasal agama. Rupanya kau pasang perangkap 'chenta' ek. Nampak saja muka alim bercahaya. Rupanya hati berbunga-bunga.

Shami : Ish...ada pulak perangkap 'chenta'. Entry aku kali ni kisah 'Sabar dalam ujian hidup'. Tapi minah ni tak  pasal-pasal tangkap leleh la pulak. Bukan aku buat story cerita Romeo dan Juliet. Semuanya islamik tau.

Aku : Tapi apasal blog aku tadak pun awek yang jatuh cinta. Nak kata tak hensem, tak mungkin. Aku 2 juta kali lebih hensem dari kau. 

Shami : Ha....tu yang kau kena belajar skil dari aku. Untuk pengetahuan kau. Awek-awek zaman sekarang ni dah ubah trend. Gadis-gadis di luar sana sekarang buntu dengan sikap lelaki zaman sekarang. Penuh dengan sikap 'crocodile'. Zaman sekarang, aweks mencari lelaki yang beriman, baik, soleh, pandai agama dan muka suci macam aku ni ha...kikiki...(Shami ketawa nakal) Kononnya nak jadikan kita sebagai pembimbing hidup mereka....hehehe.

Aku : Owh...sebab tu lah entry blog kau ada hadis-hadis sikit. Sebut ayat al-Quran sikit. Kononnya kau ni pembimbing hati wanita yang kekosongan lah..Camtu?

Shami : Bro...mana-mana bisnes pun kena tau permintaan market bro...Kau tau tak, blog aku ni bukan sahaja wanita Muslimah bagaikan Ustazah sahaja yang minat tau. Siap 'cikaro' tip top dan minah rempit pun tersungkur di persimpangan. Malah ada artis tempatan pun dah mula baca blog aku. Amacam ok dak niat ikhlas aku ni?

Aku  : "Ikhlas kau kata??...(aku melempar tuala ke muka Shami) Walaubagaimanpun Shami kau memang hebat. Sekurang-kurangnya kau taklah menulis benda yang merapu dalam blog kau kan Shami. Salute sama lu bro..Aku suka orang ikhlas macam kau bro!!!(aku dan Shami ketawa menghiasi kesunyian )

Shami mula menutup notebooknya. Sesi berblogger sudah tamat. Sudah tiba masa untuk teruna Malaya itu beradu. Dicapainya telefon Blackberry mengakhiri doa tidurnya dengan melihat perkembangan akaun laman sosialnya. Mungkin ada si dara yang bertegur sapa. Mungkin juga bertanya pandangan agama. Mungkin lebih advane lagi mahu menghubunginya. Biasalah, takkan melalui penulisan sahaja hati boleh terubat. Sekali sekala suara yang merdu juga boleh merawat.

Mataku terus memandang gelagat Shami. Aku harap kata-katanya tadi sekadar gurauan. Bukan satu kenyataan. Bersangka baik dengan Shami. Tak mungkin ia menjual agamanya hanya kerana mencari wanita. Mungkin niatnya berkongsi ilmu agama. Tapi apakan daya. Wanita sudah mula bijak memilih teruna. Tidak menjadi kesalahan bukan. Siapa yang tidak mahu bertemankan lelaki beriman. Tetapi awas dengan niat hipokrasi iman di imej kita. Untuk siapa iman itu dipersembahkan. Adakah pada mata wanita atau pada wajah RabbNya?. Tidak mungkin jejaka beriman membeli wanita dengan menggadaikan syurga.


Kisah aku bersama Shami 2 tahun dahulu terhenti di situ. Sambil tangan memegang gelas memerhati suasana meriah kenduri kahwin dirumah pengantin. Aku merenung tajam melihat isteri tersayang yang duduk makan di sebelahku. Matanya sentiasa memerhati tajam kepadaku. Aku tahu apa yang tersimpan di hatinya. Sungguh berombak matanya menjeling kepadaku sewaktu mendengar pengakuan Ibu Imam Muda Hassan. Tangannya tidak henti-henti mencubit pehaku di bawah meja makan. Bibirku tersenyum menghiasi bicara, walaupun sakitnya terasa di bawah meja. Hatiku terus berkata-kata. "Nasib baik aku dah kahwin!!!


by stokinputih.blogspot.com
Nikmat.
0 Adorable | Sunday, 26 October 2014 00:37


C I N T A

 entry kali ni nak cerita passal cinta hakiki.

Allahu..

betapa cintanya Allah pada kita sehinggakan kita diberi nikmat yang cukup besar.

Tapi...
pernah tak kita terbayang.. kalau lah nikmat yang Allah bagi tu perlu dibayar dgn wang or duit or fulus or whatever lah orang panggil sekeping kertas yang bermacam-macam nilai tu.

contohlah.. nikmat bernafas...
boleh kira tak berapa kali kita bernafas?

hmm rasanya tak sempat nak kira atau kita anggap perkara tu benda yg tak bernilai.

contohlah kan.. Allah suruh kita bayar.
10 sen sekali kita bernafas.
dalam seminit tu dah berapa?
rasanya lebih 10 kali kan..
itu baru seminit. kalau seminggu? sebulan? setahun? ><
nak beli gula-gula pun belum tentu boleh.
Allahu...
kalau Allah tarik nikmat tu........ dah tak ada dah kita dekat dunia ni.
walau kita ni melakukan dosa setinggi mana pun.. tetap diberi peluang untuk bertaubat.. Alhamdulillah. Allahu Allah






















ASSALAMUALAIKUM..

sincerely,
Fateen Mustafa
BIODATA

Manusia yang hidup dengan menggunakan oksigen yang Allah beri. Punya kisah yang agak legend. Maka terbinalah 'Manusia legend, hati sado' hoho

Seorang gadis yang masih menuntut ilmu di bumi Allah. Sekadar menumpang sahaja di sini :)
Tentang kita

Hanya manusia biasa
Seorang hamba Allah
Diberi nikmat bernafas